“Keluarga Mereka Sedang Diuji Ketika Ini” – Nabil Ahmad Simpati Dengan Aliff Aziz

3 May 2024 • 3:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kemelut antara Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah Yasmine nampaknya masih tiada penghujung. ada juga selebriti lain yang bersuara, termasuklah pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman berkawan dengan Aliff.

Katanya, dia dan Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar 2020.

Memetik laporan OhBulan!, Nabil juga menganggap kontroversi yang melanda pelakon itu merupakan ujian buatnya dan meminta supaya mendoakan Aliff.

image is not available

Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini.

Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia.

Dia juga berkongsi momen melihat Aliff bangun pukul 2 pagi untuk mengerjakan solat tahajjud dan meluahkan rasa simpati kepada ujian yang dihadapi pelakon itu.

Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini.

Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam.

Terdahulu, Aliff Aziz akhirnya memohon maaf dan khilaf berlaku curang kepada isterinya, Bella Astillah melalui temu bual bersama The CommonFolks SG.

Sama-sama kita doakan Aliff Aziz dan keluarga dan diharapkan masalah yang dihadapi selesai dengan baik.

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.