Keluarga Naib Presiden AS terpalit ‘skandal’ awam

WorldPolitics
25 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keluarga Naib Presiden AS terpalit ‘skandal’ awam

WASHINGTON: Seorang ahli pasukan keselamatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance digantung kerja dan kini berada di bawah siasatan kerana didakwa membocorkan maklumat sensitif, menurut Perkhidmatan Rahsia AS (USSS).

Butiran terperinci mengenai maklumat yang dibocorkan itu masih belum didedahkan.

“Sebarang tingkah laku yang berpotensi mengancam keselamatan individu di bawah perlindungan tidak akan ditoleransi,” kata jurucakap USSS, Anthony Guglielmi.

Namun, beliau tidak me­nya­takan maklumat khusus yang telah dibocorkan itu.

Bagaimanapun, rangkaian televisyen AS, MS NOW minggu lalu menerbitkan satu laporan yang memetik sumber tidak dinamakan, merujuk dakwaan bahawa sebilangan ahli pasukan keselamatan Vance berasa tidak puas hati dengan urusan perjalanan keluarga Vance. 

Menurut laporan CNN, penggantungan ejen berkenaan mempunyai kaitan dengan pe­nerbitan laporan tersebut.

Berdasarkan laporan MS NOW, ejen- ejen itu telah meluahkan kebimbangan secara dalaman mengenai beberapa siri perjalanan keluarga Vance.

Ia  termasuk rancangan penerbangan helikopter tentera ke kelas golf anak lelaki Vance yang masih kecil dan urusan keluarga Naib Presiden itu mencari kediaman baharu di sekitar kawasan Washington DC.

Insiden ini berlaku ketika pegawai-pegawai agensi ke­selamatan itu memberi amaran mengenai peningkatan ketara ancaman terhadap individu di bawah perlindungan mereka termasuk Presiden Donald Trump.

Vance dan keluarganya diwajibkan menerima kawalan keselamatan 24 jam dari USSS. – AGENSI 

 

The post Keluarga Naib Presiden AS terpalit ‘skandal’ awam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved