Keluarga Nur Farah Kartini serahkan sepenuhnya kepada polis jalankan siasatan

18 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahli keluarga dipercayai waris serta ibu kepada Nur Farah Kartini Abdullah tiba untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, pada Khamis. Foto Bernama

image is not available
Mohd Farriza Amir ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini pada Khamis.

SUNGAI BULOH - Ahli keluarga mangsa pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kejadian kepada pihak polis.

Mohd Farriza Amir Abdullah berkata, dia memberi keyakinan kepada pihak polis menjalankan siasatan terhadap tragedi pembunuhan adiknya itu.

"Saya dan keluarga serahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkaitan kes ini, itu sahaja yang mampu saya komen setakat ini.

"Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua pengamal media dan tidak lupa masyarakat yang sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan," katanya.

Beliau berkata demikian di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Katanya, jenazah Allahyarham adiknya akan dibawa ke Pekan Pahang sebelum dikebumikan di sana.

"Jangkaan Allahyarham akan dikebumikan petang ini di Pekan," katanya.

AKAN MENYUSUL