Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan

18 Dec 2023 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie yang tiba di mahkamah jam 8.45 pagi ditenangkan rakannya. - Foto Awani

IPOH - Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat, mula dapat menerima kehilangannya.

Bapa saudara mangsa, Abdul Razak Judin, 48, berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian pelajar itu.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin.

Abdul Razak tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi, bersama-sama dua saudaranya, Mohd Nizam Abdullah, 43 dan Ahmad Faizal Jaafar, 47 bagi mewakili keluarga sebagai pemerhati.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan dilakukan peguam yang telah dilantik.

Sementara itu, pekarangan Mahkamah Majistret di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, mula dipenuhi oleh orang ramai untuk melihat apa yang berlaku.

Ekoran daripada itu, kawalan keselamatan turut ditingkatkan, termasuk memastikan kelancaran trafik di hadapan bangunan mahkamah.

Kelihatan puluhan pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dan kehadiran orang ramai. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved