Keluarga Penunggang Motosikal Maut Di Jalan Kerinchi Bercadang Untuk Saman Pemandu Lori

LocalCars
25 Nov 2024 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keluarga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Jalan Kerinchi Sabtu lalu akan memfailkan saman terhadap pemandu lori yang menyebabkan insiden itu berlaku.

Muhammad Hanif Sehat, abang kepada mangsa iaitu Muhammad Hanis Sehat, 32, berkata mereka sekeluarga berharap pemandu lori itu akan dikenakan tindakan setimpal mengikut undang-undang.

Kami merancang ambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu.

Kata Hanif kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi dan dia tidak pasti ketika itu adiknya ingin ke mana. Dia turut menyifatkan adiknya sebagai seorang individu yang baik dan mudah berkawan dengan orang lain.

image is not available

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu lori itu yang berusia 32 tahun itu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Terdahulu, rakaman ketika kejadian tular di media sosial di mana mangsa meninggal dunia selepas motor yang ditunggang dilanggar oleh sebuah lori bergerak secara mengundur.

Ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur dengan sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal.

Mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 months ago

Kasih Bapa, Lelaki Maut Dirempuh Lori Selamatkan Anak Usia 8 Tahun Dari Kemalangan