Keluarga penyanyi sohor Kelantan mungkin jual tanah & rumah, biaya kos guaman RM1.3 juta

21 Dec 2024 • 3:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keluarga penyanyi sohor Kelantan dengan lagu berunsurkan ‘dikir barat’ mungkin akan menjual tanah dan rumah untuk menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah sehingga RM1.3 juta (10 juta baht).

Ahli keluarga terdekat berkata, mereka tidak mampu untuk membayar jumlah tersebut sebagaimana diminta oleh peguam Thailand yang menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi wanita yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat.

Keluarga penyanyi sohor Kelantan mungkin jual tanah

Ketika dihubungi Sinar Harian, salah seorang ahli keluarga penyanyi berkenaan memaklumkan mereka bukanlah daripada keluarga ‘senang’ yang mampu membayar khidmat guaman dari negara terbabit.

“Kami bukan keluarga senang, jumlah itu terlalu tinggi. Cuma kalau perlu kami terpaksa menjual tanah, rumah sebab ini sahaja yang ada.
“Sekarang ini kami hanya mampu berdoa semoga kes ini dipermudahkan dan selesai dengan baik,” katanya pada Sabtu.

image is not available

Sebelum ini, penyanyi wanita yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, dekat sini pada 1 November lalu memaklumkan terdapat dua peguam dari Thailand, masing-masing menawarkan 10 juta baht bagi membela kesnya di mahkamah.

image is not available

Namun, katanya, keluarganya menolak tawaran berkenaan kerana tidak mampu, selain sedar ada pihak cuba mengambil kesempatan.

Maklumnya lagi, dia dan rakan-rakan yang berada dalam tahanan menerima layanan yang baik dan dibenarkan menjalani ibadah seperti biasa.

Sumber: Sinar Harian (Hazeleen Liana Kamarudin)