Keluarga Saman Airbnb Atas Kematian Anak

5 Mar 2023 • 10:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Keluarga Saman Airbnb Atas Kematian Anak

Sebuah keluarga warga Perancis menyaman Airbnb selepas anak perempuan mereka, 19 bulan meninggal dunia akibat terlebih dos fentanyl yang dijumpai di rumah tersebut semasa bercuti di Florida.

Lapor New York Post, kejadian berlaku apabila pasangan itu menidurkan anak mereka selepas menghabiskan pagi bersama adik-beradiknya di sebuah rumah tasik di Wellington pada Ogos 2021.

Dua jam kemudian, si isteri masuk ke rumah untuk membangunkan si kecil namun terkejut selepas melihat wajah anaknya yang bertukar menjadi biru dengan buih mengalir dari mulutnya.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat sejumlah fentanyl yang kebiasaannya digunakan sebagai ubat tahan sakit, berada di dalam sistem badan si kecil itu.

Namun, keluarga bayi berkenaan tidak pernah mengetahui kewujudan ubat tersebut dan berasa pelik bagaimana ia boleh berada dalam badan si kecil itu.

Menurut penyiasat, tiada kesan fentanyl ditemui di rumah sewa tersebut dan pihak terbabit mendakwa ibu bapa mangsa perlu bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, pasangan terbabit diuji negatif untuk dadah dan tiada kesan ditemui pada mana-mana harta benda mereka, menurut polis.

Sebelum ini, penyewa rumah terbabit mengakui pernah mengadakan pesta yang memerlukan dadah tetapi ia tidak mendorong kepada pembunuhan si cilik itu.

“Saya pada masa ini tidak dapat menentukan bagaimana kanak-kanak terbabit menelan fentanyl,” kata penyiasat menurut WaPo.

Kemudian, pihak penyiasat menetapkan kematian mangsa dianggap tidak sengaja.

Keluarga tetap failkan saman Airbnb

Walaupun polis tidak memfailkan sebarang pertuduhan jenayah dalam kes itu, tetapi keluarga mangsa bertindak untuk menyaman Airbnb dan pemilik hartanah.

Dalam pada itu, keluarga itu juga tetap menfailkan saman terhadap pengurus sewa dan penyewa sebelumnya yang mengadakan parti.

Saman itu dibuat kerana penyewa sebelum ini mengadakan parti yang melibatkan dadah.

Tambahnya, rumah tersebut tidak dibersihkan mengikut syarat yang ditetapkan.

Peguam keluarga terbabit, Thomas Scolaro memaklumkan bahawa pasangan itu membuat kesimpulan bahawa pengunjung parti membawa fentanyl.

“Satu-satunya perkara yang ada ialah common sense kita.

“Ia (fentanyl) pastinya ada dalam unit, Airbnb itu. Orang tentunya meninggalkan dadah itu, namun bukan itu yang saya mahu buktikan.

“Apa yang saya tekankan di sini ialah Airbnb tersebut tiada syarat pembersihan, tiada amaran, tiada ukuran keselamatan keluarga,” katanya.