Keluarga Tiga Lelaki Ditembak Di Melaka Serah Rakaman Audio – “Polis Tak ‘Contact’, Ini Ke Dianggap Siasatan?”

LocalPolitics
8 Dec 2025 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Keluarga kepada tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu hari ini tampil menyerahkan rakaman audio insiden kepada pihak polis selepas mendakwa mereka tidak pernah dihubungi penyiasat sejak laporan dibuat.

Rakaman itu diserahkan oleh M Jayasri, 31, isteri salah seorang mangsa, kepada Superintendan USJT Bukit Aman, Ta Kah Loon, di pintu masuk ibu pejabat polis.

Advertisement

image is not available

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga berkata langkah itu terpaksa dibuat sendiri kerana sehingga kini, tiada sebarang tindakan proaktif daripada polis.

“Tiada seorang pun daripada polis menghubungi kami. Bagaimana ini boleh dianggap sebagai siasatan?” katanya, menyuarakan kebimbangan terhadap kelambatan pihak berkuasa.

Turut hadir ialah isteri dan ibu mangsa M Puvaneswaran, peguam N Surendran dan Latheefa Koya (Lawyers for Liberty), serta pengasas Agamam Ani, Arun Dorasamy.

Rakaman Audio Tunjuk Jeritan & Kekecohan Sebelum Tembakan

Keluarga menafikan kenyataan polis bahawa ketiga-tiga lelaki  M Puvaneswaran, M Pushpanathan dan G Logeswaran  menyerang anggota polis. Mereka mendakwa rakaman audio yang diserahkan menunjukkan situasi berbeza.

Menurut Rajesh, audio berkenaan merakamkan suasana panik, jeritan meminta tolong, kekecohan dalam kenderaan sebelum bunyi tembakan dilepaskan.

image is not available

Rakaman tersebut dipercayai dirakam oleh isteri Logeswaran yang masih berada di talian telefon ketika insiden berlaku. Ia turut menunjukkan bahawa mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara keagamaan, sambil Logeswaran menyatakan sebuah Perodua Aruz tanpa tanda rasmi mengekori mereka sebelum memberhentikan kenderaan.

Keluarga mendakwa rakaman itu bercanggah dengan versi polis yang menyatakan berlaku serangan terhadap anggota ketika serbuan dilakukan.

Penasihat LFL, Surendran, mempersoalkan bagaimana siasatan boleh dianggap telus sedangkan keluarga mangsa tidak dihubungi lebih 72 jam selepas laporan dibuat.

Ini kes melibatkan kematian di tangan polis. Bila penyiasat sendiri gagal hubungi keluarga, ia menimbulkan keraguan serius mengenai komitmen siasatan.

Rajesh pula menegaskan tidak wajar keluarga yang sedang berduka perlu mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sewajarnya. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-08 08:49:31

Kanda Yusuf Azmi Semboyan 'KO' Kepada Peninju Indonesia, Netizen Kritik - "Macam Boxing Cerita P Ramlee"

The post Keluarga Tiga Lelaki Ditembak Di Melaka Serah Rakaman Audio – “Polis Tak ‘Contact’, Ini Ke Dianggap Siasatan?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.