Keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah roboh

17 Apr 2024 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang wanita dan 13 anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah atas air mereka di Jambatan 6, Kampung Air, Karamunting dekat sini roboh pada malam Isnin.

Menurut Adun Karamunting, Datuk George Hiew, Maili Lait seorang surirumah berada di rumah itu bersama anak-anaknya pada waktu kejadian kira-kira 8 malam.

Suaminya, Herman Modjahirin tidak ada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan Maili membawa anak-anaknya keluar dari rumah tersebut apabila mendengar bunyi retakan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Mujurlah mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak ada yang cedera di dalam kejadian ini,” kata George di dalam sebuah kenyataan.

George berkata keluarga tersebut telah bermalam di rumah saudara yang berdekatan pada malam kejadian, dan dipindahkan ke balai raya Kampung Karamunting buat sementara waktu pada keesokan paginya (Selasa).

Difahamkan kakitangan daripada Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Kebajikan Sandakan juga telah melawat keluarga mangsa, di samping membincangkan solusi untuk membantu keluarga tersebut.

George yang berada di Kota Kinabalu pada waktu kejadian berkata beliau telah menghantar pasukan beliau, Pasukan Petugas Khas Adun Karamunting untuk melawat keluarga tersebut pada keesokan paginya.

“Saya telah menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga ini kerana mereka tidak mempunyai apa-apa selepas bencana tersebut berlaku.

“Setelah tiba di Sandakan, saya juga telah pergi melawat mereka untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

“Mangsa merupakan keluarga susah. Saya akan mencari jalan untuk membantu keluarga mangsa dari semua sudut agar mereka terus kuat dalam menempuhi kejadian ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.