Kem pelarian Rafah dibedil, sekurang-kurangnya 35 maut

27 May 2024 • 9:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban akibat kekejaman berterusan Israel yang membedil kem pelarian Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Khemah-khemah yang menempatkan perlindungan kepada penduduk Palestin itu diiktiraf oleh Israel sebagai zon selamat di Tel as-Sultan.

Kementerian Kesihatan Gaza ketika mengesahkan angka korban itu memberitahu belum pernah dalam sejarah pembunuhan beramai-ramai dilakukan di hadapan dunia.

"Ini yang berlaku di Gaza ketika ini," katanya dalam kenyataan sambil menyatakan bekalan air, makanan, perubatan, elektrik dan bahan api mengalami kekurangan yang teruk.

Dalam pada itu, jurucakap Palang Merah Palestin memberitahu angka korban dijangka meningkat ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

Serangan ini berlaku dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel menghentikan operasi ketenteraan di Rafah.

Mahkamah memutuskan demikian dan mengarahkan Israel menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, yang menjadi tempat perlindungan terakhir di selatan Gaza dan menempatkan kira-kira sejuta pelarian.

Sekurang-kurangnya 35,984 penduduk Palestin telah terkorban dengan 80,643 orang cedera dalam peperangn Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, tentera Israel mendakwa dua pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan di Rafah termasuk Ketua Staf Hamas di Tebing Barat, yang dinamakan sebagai Yassin Rabia. - 27 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved