
Kota Kinabalu: Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin menyeru semua pihak untuk mengambil inisiatif bagi meningkat kemahiran berkomunikasi, terutamanya kemahiran berucap.
Katanya cabaran dan persaingan dalam berkomunikasi secara berkesan perlu dirapatkan dengan menambah nilai dalam diri sendiri.
Advertisement“Untuk menyampaikan idea dengan jelas, kita perlu ada kemahiran berkomunikasi dengan jelas, sekali gus membuka peluang dalam banyak aspek kehidupan seperti kerjaya, perniagaan dan kehidupan sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Seni Ucapan Berkesan di Dewan Perpustakaan Ranau, baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hadir sama Presiden Pertubuhan Aspirasi Wanita Sabah, Marlina Madjid dan peserta kursus.
Menurut Amisah, kemahiran berkomunikasi yang berkesan boleh memberi gambaran kepada emosi dan boleh menarik perhatian audiens.
Advertisement“Saya percaya setiap kita, tanpa mengira latar belakang atau kedudukan, mempunyai potensi untuk menjadi seorang pembicara yang hebat.
“Ini bukan satu kemahiran yang hanya terhad kepada mereka yang terlibat dalam bidang politik atau media, tetapi amat penting untuk semua golongan terutamanya kita wanita yang sering berdepan pelbagai cabaran untuk menonjolkan diri dan menyuarakan pendapat,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Amisah berkata seminar seumpama itu mampu memberi peluang kepada peserta untuk mendalami seni pengucapan awam dengan lebih efektif.
“Aktiviti seumpama ini sangat bagus dan mampu memberi impak positif kepada peserta, dan saya yakin, setiap peserta pasti mampu mempelajari ilmu baru.
“Antaranya ialah bagaimana kita boleh menguasai teknik berkomunikasi melalui bahasa badan, teknik lontaran suara dan kemahiran menyediakan teks ucapan.”
Jelasnya, wanita juga mempunyai peranan besar sebagai penyampai atau penutur utama dalam semua aspek bermula dari rumah hingga ke organisasi.
“Wanita berkomunikasi dalam membentuk kehidupan anak-anak serta keluarga, dan hingga ke dalam aspek pimpinan dalam organisasi.
“Sebagai wanita, kita juga harus menjadi ejen perubahan dalam masyarakat dan melalui komunikasi.
“Kita perlu mencipta peluang itu dengan menyuarakan pendapat dan idea-idea bernas melalui komunikasi yang berkesan dan melalui pengucapan kita juga kita mampu memberi inspirasi, memotivasi dan mengubah persepsi orang lain terhadap sesuatu isu serta memperjuangkan hal kita,” katanya.
Amisah menegaskan, dalam norma Sabah, pengucapan awam yang baik dapat membantu seorang pemimpin untuk menggugah hati pendengar, memberi inspirasi kepada pengikut serta menyampaikan visi dan misi dengan penuh keyakinan dan kredibiliti.
“Kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa dalam dunia politik, bagaimana kita menyampaikan pendapat atau pendirian kita sering kali menjadi ukuran kepada sejauh mana kita boleh mempengaruhi orang lain.
“Seorang ahli politik yang baik bukan hanya seorang pemikir cerdas, tetapi juga seorang pembicara yang mampu menarik perhatian ramai, menyampaikan mesej dengan tepat dan membuat orang ramai merasa terhubung dengan apa yang mereka sampaikan.
“Sebagai wanita yang terlibat dalam politik atau yang beraspirasi untuk terlibat, menguasai seni pengucapan awam adalah salah satu aset paling berharga yang perlu dimiliki,” ujarnya.
