“Kemain Menggeletis Alep Sokri” – Sakan ‘Lap Dance’ Atas Riba Wanita, Netizen Suruh Roslan Shah Ingat Insiden Pitam

4 Aug 2022 • 2:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian Roslan Shah yang lebih mesra dipanggil Cik Lan oleh pengikutnya di Instagram mendapat perhatian segelintir individu.

Menerusi posting itu, Roslan mengucapkan terima kasih kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida atas pemberian gelang mewah kepadanya.

Selain video gelang itu, turut dimuat naik bersama sekeping foto swafoto mereka serta satu lagi rakaman menunjukkan mereka bertiga dan beberapa individu lain sedang berseronok.

Rakaman tersebut menunjukkan Roslan sedang menari sambil disaksikan pasangan usahawan D’herbs itu dan beberapa individu lain.

Dia kemudian dilihat seperti bergelek dan ‘lap dance’ di atas riba seorang wanita yang berada di depannya.

Aliff Syukri yang berada di situ turut melompat keseronokan melihat aksi Roslan itu sebelum isterinya menegur supaya memberhentikan aksi terbabit.

Seorang netizen sempat memberi komen terhadap tarian Roslan itu di mana katanya ia tidak sesuai kerana ditonton oleh kanak-kanak.

Rasa macam kurang sesuai persembahan cik lan sebab ada kanak-kanak dan beri contoh yang tak baik.. Ini dikira termasuk dalam “soft p*rn” Cik Lan.”

image is not available

Menerusi komen di satu forum pula, mereka mengingatkan tentang kejadian di mana dia pernah pitam kerana tekanan darah tinggi ketika menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan secara langsung, Februari lalu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

(VIDEO) "Kau Je Betul" - Baby Shima 'Explain' Isu Menari Gelek Masa 'Open House' Tapi Netizen Kecam Balik