Kemajuan ECRL Sudah Capai 76.06% Tapi Kena Tunggu 2 Tahun Lagi Untuk Siap Sepenuhnya

LocalBusiness & Finance
17 Dec 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini sudah mencapai tahap 76.06 peratus setakat November lalu.

Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Menurutnya, projek berkenaan dapat disiapkan pada Disember 2026 bagi jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dan seterusnya dari Gombak hingga ke Jalan Kastam pada Disember 2027.

"Negeri Pahang khususnya telah mencatatkan status kemajuan yang signifikan dengan peratusan kemajuan kerja sebanyak 78.82 peratus setakat November 2024.

image is not available

"ECRL adalah projek berimpak tinggi yang akan menghubungkan taman-taman perindustrian, pelabuhan-pelabuhan, bandar-bandar utama dan zon pelancongan serta menambah baik kesalinghubungan dengan rangkaian rel sedia ada di Semenanjung Malaysia," katanya.

Menjelang 2025, projek itu akan memasuki fasa persediaan untuk pengoperasian dan dianggarkan hampir 1,500 tenaga kerja tempatan diperlukan dalam syarikat pengendali ECRL merangkumi pelbagai bidang kepakaran termasuk teknikal, pengurusan dan operasi.