Kemalangan Babit 7 Kenderaan, 1 Parah.

LocalCars
1 Oct 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, berhampiran Terowong Menora, Perak menyebabkan seorang parah manakala dua lagi cedera.

Difahamkan, kemalangan itu membabitkan lima kereta dan tiga motosikal.

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan lapan mangsa iaitu seorang parah, dua cedera ringan, manakala lima yang lain tidak cedera.

“Mangsa parah adalah seorang wanita yang memandu Perodua Myvi dengan kenderaan itu didapati dalam keadaan terbalik, manakala dua mangsa yang cedera masing-masing adalah penunggang motosikal,” katanya.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.