Kemalangan Bas Di Norway: Pasukan Konsular Dihantar Beri Bantuan Kepada Rakyat Malaysia

27 Dec 2024 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm kini dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemalangan bas yang berlaku berhampiran Tasik Asvatnet pada Khamis.

Kemalangan bas di Norway

image is not available

Foto: Reuters

Menurut laporan bernama, berdasarkan laporal awal, bas tersebut membawa penumpang dari pelbagai negara termasuk China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.

“Pasukan konsular telah dihantar untuk memberikan bantuan serta sokongan segera kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan Wisma Putra hari ini.

image is not available

Foto: X ScandinaviaWind

Kemalangan yang membimbangkan ini berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Tasik Asvatnet, Norway.

Bas tersebut dilaporkan hilang kawalan dan terbabas akibat cuaca buruk yang melibatkan salji tebal dan angin kencang.

Tragedi ini telah mengakibatkan tiga kematian, manakala empat penumpang lain mengalami kecederaan parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Stokmarknes.

Walaupun menghadapi cabaran cuaca buruk, pihak berkuasa Norway berjaya memindahkan kesemua 58 penumpang yang terselamat.

Pihak berkuasa Norway dijangka akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai insiden ini pada 27 Disember waktu tempatan.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh,” ujar Wisma Putra.

Sumber: BERNAMA