Kemalangan Di Lebuhraya Dash: Pelajar Kolej Maut, Tercampak Dari Ketinggian 21 Meter

24 Aug 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lagi maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter di jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Shah Alam, kelmarin.

Kejadian itu merupakan kemalangan maut kedua di lokasi sama dalam tempoh setahun. Kali ini, mangsa yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari jejambat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Persiaran Mokhtar Dahari.

"Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di lokasi berkenaan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan jejambat.

"Kejadian mengakibatkan mangsa tercampak ke bawah pada ketinggian 21 meter dan jatuh di kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa," katanya.

image is not available

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit.

Terdahulu, pada 24 Julai lalu, seorang pemuda berusia 23 tahun turut terbabas di selekoh tersebut sebelum terjatuh ke bawah jejambat dan meninggal dunia di lokasi kejadian.