Kemalangan ketika berbasikal, “Hey Siri” bantu pengguna lumpuh dapatkan bantuan kecemasan

Entertainment
29 Aug 2022 • 4:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ada banyak kejadian yang memperlihatkan Apple Watch sebagai penyelamat nyawa. Antara ciri yang memainkan peranan untuknya adalah fungsi SOS dan ciri pengesanan jatuh. Terkini, Apple Watch bantu selamatkan nyawa pemakai dengan fungsi “Hey Siri” yang terbina padanya.

Lumpuh setelah tercampak dari basikal

Keseluruhan badan lumpuh setelah jatuh keseorangan dari basikal, itulah perkara tragis yang berlaku pada Ryan McConnaughey, 23 tahun dari California. Kemalangan pada bulan April itu bermula apabila dia tercampak melintasi hendal basikal lalu kepalanya terhempas ke tanah.

Ketika kejadian, McConnaughey tidak berasa sakit, tapi dia tidak boleh menggerakkan anggotanya dari bahagian leher hingga ke bawah. Dia mahu mendapatkan bantuan tapi iPhonenya berada di dalam beg galas. Menyedari dia memakai Apple Watch, McConnaughey menggunakan ciri arahan suara “Hey Siri” untuk menghubungi rakan rapatnya yang mengetahui di mana dia berada. Selain itu, dia turut menghubungi 911 untuk dapatkan bantuan. Tidak tahu sama ada dia mampu bertahan atau pun tidak, McConnaughey turut meninggalkan mesej suara kepada teman wanitanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

image is not available

Tidak lama selepas meninggalkan mesej itu, McConnaughey di bawa ke hospita dan menjalani beberapa pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Dia didiagnos quadriplegic dan telah menghabiskan masa berbulan di kemudahan rehabilitasi sebelum pulang beberapa hari lalu. Menurut McConnaughey, jam itu telah menyelamatkan nyawanya dengan membantu membuat panggilan telefon.

Dari kisah McConnaughey ini, dapat dilihat Apple Watch sangat berguna meskipun pemakai tidak boleh bergerak. Lebih-lebih lagi dengan ciri Siri yang ada. Siri ialah pembantu maya yang merupakan sebahagian daripada sistem pengendalian watchOS. Kalau anda pengguna Apple, pastikan anda tetapkan Siri untuk faham arahan suara anda. Hidupkannya juga di Apple Watch. Jangan lupa, tetapkan kenalan rapat untuk dihubungi dengan mudah menggunakan arahan suara Hey Siri ini.

[Sumber: 9TO5Mac, ABC 10 News]

Bacaan berkaitan