Kemalangan Maut Di Semporna, Kanak-Kanak Tiga Tahun Dan Bayi Tiga Bulan Maut Di Lokasi Kejadian

12 Sep 2023 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa

Kemalangan Maut Di Semporna, Kanak-Kanak Tiga Tahun Dan Bayi Tiga Bulan Maut Di Lokasi Kejadian. Dua kanak-kanak termasuk seorang bayi maut manakala tiga dewasa cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Semporna-Tawau pada Isnin.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available
Kemalangan Maut Di Semporna, Kanak-Kanak Tiga Tahun Dan Bayi Tiga Bulan Maut Di Lokasi Kejadian. Kredit: Daily Express

Kejadian yang berlaku pada 1.50 tengah hari itu membabitkan dua kenderaan Proton Saga dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux, kata Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah.

Katanya, Toyota Hilux itu dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun dari arah Tawau ke Pekan Semporna, manakala kenderaan lain datang dari arah bertentangan.

image is not available

“Berlaku kemalangan selepas Toyota Hilux memasuki lorong Proton Saga dan pemandu Proton Saga serta seorang penumpang dewasa cedera parah manakala dua lagi kanak-kanak dalam kenderaan itu maut.

“Pemandu Toyota Hilux turut cedera parah manakala seorang penumpang wanita dewasa dan empat kanak-kanak tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

image is not available

Beliau juga berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 atau tidak lebih. daripada RM5,000 jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: