Kemalangan ngeri 7 kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan, seorang dipercayai maut

LocalCars
6 Apr 2024 • 1:39 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Trafik Lebuhraya Utara Selatan sesak teruk sejauh lima kilometer (km) tengah malam ini, susulan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

PLUS Malaysia Berhad (Plus) menerusi kenyataan di platform X pada jam 12.45 tengah malam memaklumkan, kemalangan di Kilometer 452.8 arah selatan antara laluan Rawang ke Hospital Sungai Buloh itu membabitkan sebuah bas, lima kereta dan sebuah pacuan empat roda.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan lorong tengah, kanan dan kiri terhalang.

“Lorong tengah, lorong kanan dan lorong kiri masih terhalang. Trafik sesak lima kilometer di kedua-dua arah.

“Sila guna laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pandu cermat. Harap maklum,” katanya.

Makluman pertama mengenai kemalangan itu dimuat naik Plus di platform X pada jam 12.20 tengah malam.

Difahamkan, seorang pemandu meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala beberapa mangsa parah. - 6 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved