Kemalangan Ngeri Di Selangau, 5 Maut Termasuk Bayi 2 Tahun Jadi Mangsa Korban

5 Jun 2023 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

5 maut dalam kemalangan ngeri di Batu 40 Jalan Sibu-Bintulu

Kemalangan Ngeri Di Selangau, 5 Maut Termasuk Bayi 2 Tahun Jadi Mangsa Korban. Lima maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam sebuah kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:09 pagi mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dengan sebuah kenderaan jenis Kia Sportage.

image is not available
Kemalangan Ngeri Di Selangau, 5 Maut Termasuk Bayi 2 Tahun Jadi Mangsa Korban. Kredit: Borneo Network

Alicesha Bathrish Langi, 24, dilaporkan tersepit di tempat duduk penumpang depan dalam kereta Perodua Myvi dan meninggal di tempat kejadian manakala Allesandro Collin Stewart, 2, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Selangau.

image is not available

“Dua orang remaja lelaki telah dikejarkan ke klinik tersebut oleh orang awam, manakala seorang lelaki dewasa, Steward Tuah, 25, mengalami kecederaan ringan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” jelas kenyataan BBP Selangau.

Sementara itu, didapati lima orang mangsa telah menaiki kenderaan Kia Sportage.

image is not available

Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, dan seorang lagi lelaki dewasa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera parah telah dikejarkan ke Klinik Selangau oleh ambulans.

Baca lagi artikel menarik: