Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

16 Jul 2026 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Untitled-design---2026-07-16T161913.348.png

Orang ramai diminat berkongsi rakaman kamera papan pemuka bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai emalangan tragis yang menimpa seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Persekutuan di hadapan Central i-City, Shah Alam,

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh akaun Sofeasukri, kemalangan tersebut dipercayai berlaku di hadapan pusat beli-belah berkenaan antara pukul 11 malam dan 1 pagi, 13 Julai lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Shah Alam.

“Mangsa sekarang berada di unit rawatan rapi (ICU), masih koma dan doktor telah isytihar dia mengalami mati otak (brain dead),” katanya menerusi hantaran tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian, atau mempunyai rakaman dashcam diminta menghubungi ahli keluarga mangsa atau menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved