Kemalangan treler dan 3 kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km

LocalCars
8 Jun 2024 • 1:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta hari ini.

PLUS Trafik dalam hantaran menerusi laman X memaklumkan kemalangan yang dilapor berlaku kira-kira 9 pagi tadi antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu mengakibatkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.

"Setakat 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif," menurut Plus Trafik.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian. - 8 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved