Kemalangan WCE: Ibu, Anak Terkorban

LocalCars
27 Dec 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan, Lumut, Perak, semalam

Kejadian sekitar jam 5 pagi itu mengorbankan Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia dua tahun.

image is not available

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa.

“Seramai enam orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu iaitu tiga lelaki dewasa yang mengalami kecederaan ringan, seorang wanita dewasa (maut) dan dua kanak-kanak lelaki dengan seorang daripadanya maut,” katanya.