”Kemaluan Dia Digesel-Gesel Pada Saya” – Pempengaruh Dedah Kelakuan Ustaz

LocalFamily & Parenting
20 Aug 2025 • 2:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Rogol ohmedia

Bintang TikTok, Jelly Belly mengejutkan ramai apabila berkongsi kisah pahitnya menjadi mangsa buli ketika bersekolah di sebuah institusi agama.

Menurut Tiktok, Jelly cerita pengalaman itu membuatkan dia langsung tidak merasai nikmat alam persekolahan seperti pelajar lain.

Saya tak rasa nikmat sekolah yang sebenar. Saya bersekolah di sekolah agama. Saya agak kesal dengan apa yang terjadi pada saya. Mereka tak boleh terima saya lembut.

Jelly Belly dibogelkan hingga trauma

@jellybelyyy

korang rasa apa perasaan orang yang buli kita tanpa meminta maaf dengan kita.. diorang hidup tenang ke? maaf saya tanya dengan nada lembut

♬ Sedih Menyayat Hati – Yuda Pratama

Lebih mengejutkan, Jelly turut mendedahkan dia bukan sahaja dipukul, malah pernah dibogelkan oleh pembuli.

Kalau saya jalan, mereka akan sepak dan terajang. Daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tak sampai 10 kali saya pergi kantin.

Apa yang lagi saya tak boleh terima, mereka pernah bogelkan saya. Punggung saya ditepuk dan kemaluan dia digesel-gesel pada saya.

Lebih menyedihkan, aduan yang dibuat kepada pihak berwajib di sekolah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Guru disiplin kata salah diri sendiri

Jelly mendedahkan bahawa seorang ustaz yang merupakan guru disiplin di sekolah terbabit malah menyalahkannya kerana berperwatakan lembut.

Ada seorang akak penolong ketua pengawas ini, dia bela saya. Saya kesal apabila ustaz itu menyalahkan saya. Dia kata saya dibuli sebab saya lembut.

Dan, saya dirotan oleh ustaz itu. Saya sampai nak berhenti sekolah. Sakit sangat apabila dibuli.

Walaupun parut emosi itu sukar dilupakan, Jelly berkata dia tetap memilih untuk memaafkan semua pembuli yang pernah melakukan kejahatan terhadap dirinya.

Saya maafkan, tapi saya tak boleh lupakan.

Pssttt! Buli bukan gurauan, ia meninggalkan luka yang dalam. Jangan normalisasikan penderitaan orang lain. Hormati perbezaan, kerana setiap insan layak disayangi.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.