Meneruskan legasi teknologi siri Reno, peranti baharu OPPO Reno11 F 5G turut menampilkan inovasi dalam reka bentuk bergaya. Pada masa sama diperhalusi dengan keupayaan pengimejan serba baharu yang mampu menyediakan pengguna sebuah telefon mudah alih lebih baik. Pengenalan peranti ini juga menyaksikan bahawa OPPO komited dalam memastikan pengguna mempunyai akses kepada produk yang lebih baik tanpa mengabaikan soal harga.

Reka Bentuk Bergaya
Kesempurnaan dalam setiap butiran menjadi kunci utama OPPO untuk memastikan peranti baharu ini bukan sahaja kukuh tetapi juga menarik. Demi memberi kepuasan kepada pengguna OPPO telah menambah baik Reno11 F 5G dengan binaan tubuh yang sepenuhnya rata pada bahagian hadapan dan belakang. Sekaligus menjadikannya dapat digunakan dengan lebih mudah dalam pelbagai situasi sama ada kritikal mahupun tidak.

Binaan yang rata juga kebiasaannya mampu mengurangkan isu salah sentuh dan meminimumkan kerosakan pada skrin. Hal ini bertambah baik lagi apabila peranti turut dilihat mampu menampung kekurangan yang tersedia pada sebilangan produk pesaing menerusi saiznya yang senipis 7.54mm dan berat 177 gram sahaja.

Turut menjadi tarikan utama ialah kepelbagaian pilihan warna disediakan yang memudahkan pengguna memilih mengikut kesesuaian. Di sini OPPO dilihat bijak bermain warna dengan mengetengahkan elemen kontra dan diserikan sedikit hiasan abstrak untuk nampak ceria serta tidak membosankan. Ia menawarkan pilihan warna biru atau Ocean Blue dengan tambahan kilauan rona putih bertujuan mewujudkan daya tarikan moden.


Seterusnya hijau atau Palm Green pula dapat menyejukkan pandangan mata sekaligus membangkitkan mood santai pada pengguna. Untuk warna ungu cair atau Coral Purple pula nampak eksklusif yang sering menjadi pilihan kebanyakan wanita. Selain itu kemasan serba pusam yang digabung bersama tekstur berkilat pada peranti juga dilihat mampu menawarkan pengalaman premium yang unik. Namun perlu dinyatakan bahawa Reno 11 F 5G Coral Purple hanya boleh didapati melalui kedai rasmi OPPO terpilih (termasuklah OPPO Brand Store, OPPO Official Online Store, OPPO Shopee Store dan OPPO Lazada Store).

Selain reka bentuk bergaya, Reno11 F 5G juga mampu menawarkan pengalaman tontonan yang mengagumkan. Skrin utama peranti menyediakan keseronokan melalui panel sejenis AMOLED FHD+ (1080 x 2412 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama skrin juga menawarkan ciri tambahan lain seperti sokongan gamut warna DCI-P3 dengan kecerahan puncak 1,100 nits, HDR10+ dan 2160Hz PWM dimming. Saiz bezel yang agak nipis pada hampir semua sisi juga membuatkan skrin kelihatan lebih luas dengan nisbah skrin ke badan yang boleh mencapai 93.4%.
Sensor Kamera Berkualiti

Paling menonjol mengenai siri Reno sudah tentulah pada sistem kamera untuk fotografi potret. Ianya didatangkan dengan persediaan tri-kamera utama merangkumi 64MP untuk utama yang menggunakan sensor imej OmniVision OV64B. Seterusnya diikuti pula 8MP untuk sudut ultra-lebar yang boleh menangkap apa sahaja senario berbeza dengan sudut pandang cukup luas mencapai 122 darjah. Sebagai tambahan turut boleh digunakan untuk mengambil gambar makro yang sedekat 4cm untuk hasil lebih berseni.




Ya seperti diperkatakan tadi Reno11 F 5G dihasilkan untuk memudahkan aktiviti fotografi tanpa perlu bergantung pada kamera professional sepenuhnya. Di mana sistem kamera tadi turut dipertingkatkan dengan teknologi canggih Portrait Expert Engine yang boleh menghasilkan imej berkualiti tinggi yang lebih realistik dan semula jadi. Menariknya lagi apabila OPPO turut bekerjasama dengan sejumlah jurugambar professional dari seluruh negara bagi menilai dan membuktikan keberkesanannya.

Kelebihan lain turut boleh dilihat melalui kemampuan mencipta kesan kabur dengan hanya bergantung sepenuhnya pada Potrait Mode terbina. Ia juga boleh disesuaikan mengikut keperluan untuk hasil imej lebih sempurna. Selain itu kemampuan dua kali zum optical juga disediakan yang mampu mendekatkan subjek tanpa kehilangan sebarang butiran pada imej.
Ini amatlah bermanfaat untuk mereka yang ingin mengambil gambar potret seakan di dalam studio. Pengalaman fotografi turut dipertingkatkan dengan penggunaan kamera swafoto ultra-jelas 32MP untuk imej lebih tajam. Seterusnya hasil rakaman video juga pasti lebih sempurna kerana kamera hadapan dan belakang boleh merakam maksimum sehingga 4K/30fps.
Sentiasa Berhubung Dan Produktif
Kehebatan peranti ini diteruskan lagi dengan peningkatan lain yang mampu memudahkan berbagai aspek kehidupan seharian. Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai ciri menarik disediakan melalui pelancar baharu ColorOS 14 berasaskan Android 14. Ia bukan sahaja dapat memiliki daya penarik tersendiri yang memberi keutamaan pada fungsi.
Malahan turut dapat membangunkan interaksi sosial yang baik dalam memudahkan berbagai aspek kehidupan seharian kita. Dalam ColorOS 14 pengguna boleh menikmati pelbagai ciri pintar berkuasa AI yang bantu meningkatkan kecekapan dalam tugas harian.


Salah satu daripadanya ialah fungsi Smart Image Matting yang berfungsi seperti mencipta pelekat pada aplikasi WhatsApp. Melaluinya pengguna boleh memangkas mana-mana subjek di dalam imej dan video yang dijeda pada telefon pintar OPPO. Menambah keterujaan apabila sehingga enam subjek boleh disokong dalam satu bingkai gambar walaupun dalam latar belakang yang kompleks.

Kemudian terdapat juga ciri Aqua Dynamics baharu yang mampu menyediakan pengalaman interaksi lebih menarik. Melaluinya pelbagai maklumat boleh diakses dengan mudah melalui kapsul pada status bar khususnya untuk kegunaan aplikasi Grab Ride. Kepelbagaian butiran yang termasuk jenis kenderaan dan anggaran masa perjalanan boleh dipaparkan dalam Aqua Dynamics ini.
Selain itu dimaklumkan bahawa fungsi OPPO AI Eraser juga akan disokong pada Reno11 F 5G bermula 10 April akan datang. Ia boleh digunakan untuk memadam sebarang objek yang tidak dikehendaki dan nantikan butiran selanjutnya daripada OPPO Malaysia.
Dengan teknologi LinkBoost pula pengguna boleh menikmati pengalaman komunikasi yang lebih stabil dalam pelbagai situasi persekitaran. Ia menggabungkan reka bentuk antena sekeliling 360 darjah dan kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan penghantaran isyarat yang konsisten dengan penerimaan 58.5% lebih kuat berbanding peranti pesaing.
Ini bermakna, tidak kira apa keadaan sekalipun pengguna sudah tentunya mampu mempunyai isyarat sambungan yang boleh dipercayai apabila menggunakan Reno11 F 5G.
Spesifikasi Lebih Memadai
Diajak menyelami satu per satu kelebihan lain secara mendalam Oppo juga dilihat bijak dalam memberi bonus menarik pada telefon pintar serba boleh ini. Misalnya seperti bateri besar 5,000mAh yang menjadikannya mampu bertahan lebih lama. Ia juga dilengkapi dengan ciri yang sangat diperlukan oleh pengguna telefon pintar tegar iaitu kebolehan pengecasan pantas dengan kuasa output 67W.

Menambah kelebihan apabila peranti juga dilengkapi teknologi Battery Health Engine yang membolehkan bateri mengekalkan 80% daripada kapasiti asal sekaligus menjanjikan penggunaan selama empat tahun. Tidak ketinggalan, peranti juga melepasi penarafan kalis air dan habuk IP65 sebagai perlindungan tambahan.
Bagi yang berminat, OPPO Reno11 F 5G dijual di Malaysia pada harga RM1399 sebuah. Pratempah boleh dibuat bermula sekarang hingga 22 Mac 2024 melalui laman web rasmi, OPPO Official Shopee Store dan OPPO Official Lazada Store.

Peranti akan tersedia pada 23 Mac 2024 dan hadiah eksklusif bernilai RM169 turut disediakan untuk setiap pembelian untuk masa terhad sehingga 11 April 2024 melalui senarai kedai di bawah:
Kedai Fizikal Kedai Dalam Talian My OPPO Space OPPO Official Online Store OPPO Brand Store Pengedar sah OPPO Pengedar sah OPPO Rakan kongsi e-dagang Rakan Kongsi Kedai Rangkaian –

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Reno 11 F 5G, sila layari laman web rasmi OPPO Malaysia
Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia
