Kemas Kini iOS 18 Boleh Dimuat Turun Pada 16 September

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 10:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita baik bagi mereka yang menantikan sistem operasi terkini iOS 18 kerana kemas kini boleh dimuat turun bermula 16 September serentak di seluruh dunia. Seperti yang telah kami terbitkan sebelum ini, iOS 18 akan membawakan ciri baharu seperti memperibadikan skrin peranti dengan lebih menyeluruh, Control Panel baharu, Photos dengan sokongan AI, sokongan Siri Interactions dan banyak lagi.

image is not available

Yang tidak akan hadir ialah Apple Intelligence yang akan diberikan menerusi iOS 18.2 pada bulan Oktober depan. Kesemua ciri kecerdasan buatan (AI) seperti Genmoji, Image Playground, bantuan penulisan dan sokongan ChatGPT akan hanya boleh digunakan selepas kemas kini iOS 18.2. Sekiranya anda adalah pengguna perisian beta, iOS 18 RC yang merupakan versi akhir pula boleh dimuat turun hari ini.

Di bawah ialah senarai 24 iPhone yang akan menerima iOS 18 bermula minggu depan.

  1. Phone 15
  2. iPhone 15 Plus
  3. iPhone 15 Pro
  4. iPhone 15 Pro Max
  5. iPhone 14
  6. iPhone 14 Plus
  7. iPhone 14 Pro
  8. iPhone 14 Pro Max
  9. iPhone 13
  10. iPhone 13 mini
  11. iPhone 13 Pro
  12. iPhone 13 Pro Max
  13. iPhone 12
  14. iPhone 12 mini
  15. iPhone 12 Pro
  16. iPhone 12 Pro Max
  17. iPhone 11
  18. iPhone 11 Pro
  19. iPhone 11 Pro Max
  20. iPhone XS
  21. iPhone XS Max
  22. iPhone XR
  23. iPhone SE(Gen 2)
  24. iPhone SE(Gen 3)