Kemas Kini Siri Nothing Phone (3a) Akan Disokong Sehingga Ke Tahun 2031

TechnologyDigital
6 Mar 2025 • 5:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Satu perkara baik bagi mereka yang bakal membeli Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro adalah kemas kini. Semalam, selepas ia dilancarkan Nothing ada berkongsi mengenai perubahan kepada sokongan kemas kini untuk peranti kelas pertengahan mereka. Ia kini dilanjutkan kepada 3 tahun kemas kini versi Android dan 6 tahun kemas kini tampalan sekuriti.

image is not available

Sebelum ini, Nothing Phone (2a) dan Phone (2a) Plus hanya menyokong sehingga 3+4 tahun. Dengan lanjutan sokongan ini, Phone (3a) dan Phone (3a) Pro akan disokong sehingga Android 18. Kemudian pengedaran kemas kini tampalan sekuriti akan berlaku sehingga tahun 2031. Kedua-dua peranti kelas pertengahan baharu Nothing ini menjalankan Nothing OS 3.1 berasaskan Android 15.

Peranti ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Adakah anda akan membeli peranti ini sebagai telefon raya atau akan langkau dan tunggu Nothing Phone (3)?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved