KEMAS sahkan tiada kenaikan yuran TABIKA, TASKA tahun depan

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 11:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan tiada kenaikan yuran membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman asuhan kanak-kanak (TASKA) bagi kemasukan pada tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan, KEMAS menafikan dakwaan satu laporan media yang bertajuk “Yuran Taska dan Tadika meningkat hingga 25%?” yang memaparkan visual rakaman di TABIKA KEMAS.

Jelasnya, laporan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA KEMAS.

“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan Madani, melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak,”katanya.

Terdahulu, Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor dilaporkan telah bersiap sedia untuk menaikkan yuran perkhidmatan sekitar 20 hingga 25 peratus pada tahun hadapan.

Kenaikan berkenaan dikatakan susulan kos operasi semasa selain pengumuman kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved