KEMAS Sasar Lahir 100000 Huffaz Cilik Menjelang 2026

7 Nov 2023 • 5:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Yayasan Pahang telah menandatangai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di Kuala Lumpur hari ini.

Foto: News Strait Times

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan majlis tersebut.

Melalui MoA ini, KEMAS akan menggunakan Modul Hafazan yang digunakan oleh TADIKA Tahfiz Negeri Pahang kelolaan Yayasan Pahang sebelum ini.

Pada masa sama, Yayasan Pahang akan memberikan khidmat nasihat termasuk menyediakan latihan kompetensi kepada Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS melalui penggunaan modul sedia ada.

Selain itu, Yayasan Pahang juga akan memperakui Sijil Kompetensi yang dikeluarkan kepada kanak-kanakan TABIKA KEMAS yang menamatkan program Pra Tahfiz ini.

Dalam pada itu, menjelang akhir persekolahan 2023 nanti dijangka 1,500 orang kanak-kanak akan dapat menguasai hafazan al-Quran dalam juzu’ amma.

Program TABIKA Pra Tahfiz ini bertujuan untuk memperkasakan Modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) bermula sejak tahun 2017.

KEMAS Sasar Lahir 100000 Huffaz Cilik Menjelang 2026

image is not available

Foto: Harapan Daily

Ia merupakan sebahagian dari pengukuhan pendidikan al-Quran dalam melahirkan huffaz cilik yang menguasai hafazan al-Quran dalam surah-surah juzu’ amma.

Selain itu, ia juga akan memperkukuhkan hafazan al-Quran surah pilihan dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur seawal usia lima hingga enam tahun.

Program ini akan membawa kepada perubahan dalam pembelajaran kerana ianya memfokuskan kepada konsep 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi.

KEMAS sentiasa optimis dan komited untuk memperluaskan lagi pelaksanaan modul ke seluruh TABIKA KEMAS dari semasa ke semasa.

Disamping itu, KEMAS sasar lahir 100000 huffaz cilik menjelang 2026 yang terdiri daripada kanak-kanak yang menyertai program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS.

View Original Article