[Kemaskini] Dakwaan Boleh Mohon Tambahan Kuota BUDI95 Adalah Tidak Benar – MOF

LocalPersonal Finance
7 Apr 2026 • 6:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

[KEMASKINI]

Kementerian Kewangan (MoF) sebentar tadi (7 April) menegaskan bahawa dakwaan mengenai permohonan umum bagi tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah tidak benar dan sama sekali tidak berasas.

MoF menerusi satu kenyataan berkata, walaupun fungsi ini diwujudkan pada awal pelaksanaan BUDI95, ia bukan bertujuan untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi.

Sebaliknya fungsi ini bagi kes tertentu dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

image is not available

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Boleh Mohon Tambahan Kuota BUDI95 Adalah Palsu, Had 200 Liter Kekal – MOF


Sebagai info pada 26 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penyelarasan kuota subsidi BUDI95 ditetapkan pada 200 liter sebulan bermula 1 April.

Penyelarasan itu dibuat sebagai langkah penjimatan tenaga oleh Kerajaan susulan konflik Asia Barat yang sedang berlaku pada ketika ini.

Setelah seminggu ia dilaksanakan, ada segelintir pengguna yang mengeluh bahawa kuota sedia ada tidak mencukupi khususnya buat mereka yang terpaksa berulang-alik dengan jarak jauh setiap hari.

Malah, ada di antara mereka yang meminta Kerajaan mengembalikan semula kuota 300 liter yang diberikan sebelum ini memandangkan kuota sedia ada telah digunakan lebih separuh.

View on Threads

Langkah Mudah Untuk Buat Permohonan Penambahan Kelayakan Kuota BUDI95

Buat yang tidak tahu, sebenarnya terdapat cara untuk memohon tambahan kuota BUDI95 pada setiap bulan.

Berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh diikuti:

#1 Log Masuk Laman Rasmi BUDI95

Langkah pertama adalah dengan melayari portal BUDI95 dan daftar masuk ke laman berkenaan. Anda juga boleh mendaftar masuk menggunakan MyDigital ID.

image is not available

#2 Pilih Permohonan Penambahan Kelayakan

Semak baki kuota semasa dan cari bahagian permohonan penambahan kelayakan di bawah kategori BUDI95 individu jika mahu menambah kuota sedia ada.

image is not available

#3 Isi Maklumat Yang Diperlukan

Kemudian, klik pada butang ‘Mulakan Permohonan’. Anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran antaranya seperti:

  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nombor cukai pendapatan
  • Maklumat bank seperti nama bank dan nombor akaun
  • Kategori penggunaan
  • Alasan permohonan
image is not available

#4 Buat Pengesahan & Hantar

Setelah anda melengkapkan butiran, anda perlu membuat pengesahan menggunakan nombor MyKad.

Pastikan anda tanda pada blok pengakuan sebelum permohonan tersebut dihantar.

image is not available

Pastikan Maklumat Yang Diberi Adalah Tepat & Benar

Apa yang penting, pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan benar kerana perbuatan mengemukakan maklumat palsu boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, setiap permohonan akan dinilai terlebih dahulu oleh agensi berkaitan di bawah Kementerian Kewangan dan tiada jaminan kelulusan.

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Wajib Guna IC Isi Minyak” – Majikan Didakwa Arah Pekerja Guna BUDI95 Untuk Syarikat