![Image from: [KEMASKINI] Empat maut, seorang cedera Ford Raptor dihempap pokok tumbang](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-03T162813.346.png)
BENTONG – Empat maut selepas trak pikap jenis Ford Raptor yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur-Karak berhampiran pintu gerbang Janda Baik di sini hari ini.
Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan tersebut dinaiki lima individu termasuk empat sekeluarga.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan empat mangsa meninggal dunia.
“Mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, penumpang hadapan wanita bersama kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan penumpang belakang yang merupakan lelaki berusia 40 tahun.
“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang duduk di bahagian belakang pula mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk dibedah siasat.
Mangsa yang cedera pula menerima rawatan di Hospital Bentong di sini. – KOSMO! ONLINE
The post [KEMASKINI] Empat maut, seorang cedera Ford Raptor dihempap pokok tumbang appeared first on Kosmo Digital.





