Kemaskini iOS 18.4, iPadOS 18.4 dan macOS Sequoia 15.4 Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
1 Apr 2025 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kedua dan Apple telah memberikan kemas kini Syawal dalam bentuk iOS 18.4, iPadOS 18.4 dan macOS Sequoia 15.4. Menerusi kemas kin ini, ciri baharu Priority Notification diaktifkan pada iPhone dan iPad yang disokong Apple Intelligence. Notifikasi yang dirasakan penting akan diberikan kelebihan sejurus selepas ia diterima.

image is not available

Kepada pengguna Image Playground pula, gaya janaan imej dalam bentuk lakaran kini boleh digunakan. Selain itu Apple Intelligence kini menyokong Bahasa Inggeris (India, Singapura), Perancis (Perancis, Kanada), Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis Brazil, Cina, dan Sepanyol (Sepanyol, Amerika Latin, AS).

Pada iPhone dan iPad, lapan emoji baharu telah ditambah seperti bendera baharu Syria dan cap jari. Selain itu pengguna Vision Pro akan menerima aplikasi baharu bagi memudahkan pencarian kandungan baharu untuk set kepala MR mereka. Beberapa pepijat juga telah dibaiki bersama dengan tampalan sekuriti terkini. Kemas kini ketiga-tiga sistem operasi boleh dilakukan secara OTA sekarang. Di Malaysia saiz muat turun iOS 18.4 ialah 7.65GB.