Kemaskini Kepada Microsoft Teams Akan Memperlihatkan Penggunaan CPU Dan Bateri Lebih Cekap

TechnologyDigital
21 Feb 2023 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Microsoft Teams

Perisian telesidang dan produktiviti atas-talian seperti Google Workspace dan juga Microsoft Teams telah memperlihatkan peningkatan penggunaan yang cukup ketara kerana ia membolehkan rakan kerja untuk berkolaborasi bersama-sama dalam mana-mana projek dengan lebih mudah.

Microsoft nampaknya akan memperlihatkan kemaskini kepada perisian kolaborasi Teams pada bulan Mac ini, yang mana ia nampaknya dinamakan Microsoft Teams 2.0 oleh pihak pembangun perisian tersebut.

image is not available

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan oleh Microsoft kelak, tetapi ia dikatakan akan hadir dengan penggunaan kuasa CPU dan bateri yang sehingga 50 peratus lebih cekap berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh versi semasa.

Menariknya ia juga dikatakan bahawa versi terbaru Teams ini dibina semula menggunakan enjin Webview2 mereka sendiri, menggantikan Electron yang digunakan sebelum ini.

Microsoft Teams 2.0 ini dijangka akan mula diuji mungkin menggunakan program Windows Insider bermula bulan Mac ini. Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.