Kemaskini Power Bank Anker Zolo Hadir Dengan Sokongan Piawaian Keselamatan Terbaru China

TechnologyDigital
24 Jul 2026 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker, jenama aksesori pengecasan peranti elektronik terkemuka baru-baru ini telah mengacahkan kemaskini untuk siri powerbank Anker Zolo mereka, yang memperlihatkan kemaskini kepada sokongan piawaian GB 47372-2026 yang akan berkuat-kuasa bermula 1 April 2027 kelak.

Piawaian ini akan memerlukan power bank yang dihasilkan di China untuk menampilkan telemetri dengan nilai ketepatan tinggi, perlindungan keselamatan yang terbaik dan penjejakan sejarah ralat. Power bank Anker Zolo yang diacah ini memperlihatkan rekaan sama seperti sebelum ini, dengan dua kabel USB Type-A ke USB Type-C terbina dan satu palam USB Type-C tambahan yang membolehkan pengguna untuk mengecas 3-4 peranti sekaligus dengan power bank ini.

Image from: Kemaskini Power Bank Anker Zolo Hadir Dengan Sokongan Piawaian Keselamatan Terbaru China

Tiga palam USB Type-C yang diperlihatkan hadir dengan sokongan untuk pengecasan sepantas 55W, manakala dua palam USB Type-A terbina hadir dengan sokongan pengecasan sepantas 33W. Sama seperti model sebelum ini, power bank ini juga hadir dengan kapasiti 74WHr ataupun 20,000 mAH.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Anker akan memperkenalkan power bank baru ini. Jangkaannya ialah ia akan diperkenalkan lebih dekat kepada tarikh 1 April 2027 apabila undang-undang penggunaan power bank baru diperkenalkan di China. Perkara ini dilihat penting kerana untuk penerbangan di dalam negara tersebut, penggunaan power bank wajib mengikuti piawaian CCC (China Compulsory Certification) yang diperkenalkan untuk keselamatan penumpang.

Sumber: Weibo

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved