Kemaskini STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Bagi Permohonan Tahun 2026

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 12:44 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

image is not available

Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk permohonan tahun 2026 dijangka akan dibuka selepas pembentangan Belanjawan 2026 selesai di Dewan Rakyat. Untuk maklumat terkini mengenai STR, layari www.bantuantunai.hasil.gov.my

Belanjawan 2026 telah mula dibentang di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025.

Berita baik lagi untuk penerima STR, kesemua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun!

Manakala bagi seramai 1 juta penerima STR di bawah program eKasih, bantuan SARA yang diberikan sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat yang dinyatakan, pastikan anda membuat permohonan dan kemaskini STR untuk tahun 2026.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.

BACA JUGA: STR & SARA 2026 – Belanjawan 2026

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.

Melalui STR, bantuan kewangan secara tunai disalurkan kepada keluarga dan individu yang layak, khususnya mereka yang menghadapi kesukaran ekonomi, untuk membantu mereka memenuhi keperluan harian.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.

Peruntukan yang lebih tinggi ini adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui penyasaran subsidi seperti diesel dan bahan api RON95. Usaha ini bertujuan memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan lebih meluas dan berkesan dalam meringankan beban rakyat.

Antara intipati utama berkaitan STR dalam Belanjawan 2026 termasuklah:

  • Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati faedah bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
  • Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
  • Isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
  • STR fasa terakhir yang bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025, sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.
  • Kerajaan juga menyediakan RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup, termasuk RM600 juta khusus untuk memperluaskan program Jualan Payung RAHMAH di seluruh Dewan Undangan Negeri.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjaga kesejahteraan rakyat walaupun menghadapi cabaran ekonomi global.

Dengan pelan peruntukan dan bantuan yang diperhebatkan dalam Belanjawan 2026, STR diharapkan dapat terus menjadi benteng penting dalam mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan.

Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR?

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
  2. Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  3. Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
  4. Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
  5. Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.

Syarat Kelayakan STR

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Kemaskini STR

  1. Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris.
  3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
  4. Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
  5. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
  6. Jika mengalami kesulitan seperti terlupa kata laluan, pengguna boleh meminta reset mengikut prosedur di portal atau menghubungi hotline LHDNM di 1-800-88-2747 untuk bantuan.

Tarikh permohonan baru dan proses kemaskini STR bagi tahun 2026 akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuat.

Cara Semakan Status STR

  1. Semakan statu permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik pada menu “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda yang 12 digit dan tekan butang Log Masuk.
  4. Jika permohonan STR anda telah didaftarkan, maklumat permohonan akan dipaparkan.
  5. Klik pada menu “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan permohonan dan status bayaran bantuan tunai.
  6. Dalam bahagian “Maklumat Pembayaran”, anda boleh melihat jumlah bayaran serta status pengkreditan bayaran bagi setiap fasa bantuan STR.
  7. Jika anda belum mendaftar akaun MySTR, pendaftaran boleh dilakukan di portal yang sama dengan mengikuti arahan yang disediakan.
  8. Sekiranya anda terlupa kata laluan, gunakan fungsi reset kata laluan di portal tersebut atau hubungi hotline LHDNM di 1-800-88-2747 untuk bantuan.
  9. Pengguna juga boleh menghubungi nombor telefon Kementerian Kewangan atau hadir ke pejabat LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  10. Bayaran STR biasanya dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. Jika anda tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Lupa Kata Laluan STR

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Rujuk : Lupa Kata Laluan STR, Ini Cara Dapatkan Semula Password

Bayaran STR & SARA 2026

Soalan Lazim STR 2024

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2024 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

Muat turun PDF :

SOALAN_LAZIM_FAQ_PEMBAYARAN_FASA_1_STR2023Download

Baca juga: