Kemasnya al-Quran tulisan tangan! Bakal doktor Al-Hafizah terima 2 anugerah JAKIM jadi inspirasi

11 Apr 2023 • 5:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Kemasnya al-Quran tulisan tangan! Bakal doktor Al-Hafizah terima 2 anugerah JAKIM

MENGHAFAL keseluruhan al-Quran ialah fardu kifayah dan sunat ain iaitu sunat ke atas setiap Muslim. Tentu ramai yang mempunyai impian menguasai al-Quran bukan?

Bagi mereka yang mendalami hafazan al-Quran, mereka tidak hanya semata-mata menghafal 30 juzuk, aspek tajwid dan bacaan serta penulisan al-Quran Tahriri mengikut Resm Uthmani adalah salah satu perkara penting bagi menjamin kualiti hafazan al-Quran.

image is not available

Menghasilkan naskhah kitab suci itu dalam tulisan tangan itu bukan mudah.

Bakal doktor wanita, Anis Aqila Abdul Rahman baru-baru ini meraih dua anugerah daripada program Pensijilan Tahfiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bercita-cita menjadi pakar psikiatri, pelajar tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di MSU International Medical School itu menerima Anugerah Tahriri iaitu penulisan ayat-ayat al-Quran.

image is not available

Anis Aqila menjadi inspirasi, sudahlah menghafal, mampu menulisnya dengan kemas dan betul.

“Al-Quran selamanya sebaik-baik kawan, peneman, benteng perisai daripada panahan ujian, pelerai tekanan serta ubat ketenangan biarpun dunia sedang berantakan,” kongsinya di Facebook.

Anis Aqila yang menyelesaikan hafalannya kali pertama ketika di Tingkatan Dua menerima anugerah kategori tahriri bersama dua lagi pelajar daripada Univeristi Islam Antarabangsa dan Instistut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.