Kemasukan pelajar baharu ke politeknik, kolej komuniti naik hampir 20%

28 Aug 2023 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampir 20% pada sesi akademik I 2023/2024, demikian menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zahari Ismail berkata statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos lalu menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima 26,539 pelajar baharu bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sebelum ini seramai 22,634 pelajar.

“Ianya satu lonjakan agak besar dan sesuatu di luar jangkaan kita. Saya ingin mengucapkan tahniah, terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK atas usaha berterusan mereka meningkatkan enrolmen pelajar di politeknik dan kolej komuniti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Daripada 36 politeknik di seluruh negara, beliau berkata, 10 daripadanya turut berjaya mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu melebihi 100%, manakala 24 daripada 105 kolej komuniti pula menerima kemasukan pelajar amat memberangsangkan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Antara bidang pengajian mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti ialah kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, seni bina, teknologi makanan, teknologi maklumat (teknologi digital), teknologi kreatif, seni kulinari, bidang perdagangan serta bidang pelancongan dan hospitaliti.

“Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 Sept ini dengan menyasarkan 32,000 pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.