Kematian Dicemburui, Jemaah Haji Meninggal Dunia Ketika Beri Tazkirah

3 Jul 2023 • 9:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kematian Dicemburui, Jemaah Haji Meninggal Dunia Ketika Beri Tazkirah

Setiap umat Islam tentunya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sekali seumur hidup. Apatah lagi mengerjakan haji yang menjadi Rukun Islam ke-5 bagi individu yang berkemampuan.

Setiap tahun, jemaah haji dari seluruh dunia akan bergerak menuju ke tanah suci itu tidak kira sama ada dengan berjalan kaki, menaiki kereta mahupun menggunakan pengangkutan udara.

Semua jemaah yang mengerjakan haji seperti yang diketahui mestilah berpakaian ihram sepanjang melakukan Rukun Islam itu.

Walau bagaimanapun, untuk mengerjakan haji bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan tenaga kerana terdapat pelbagai destinasi yang perlu dituju sebelum melengkapkannya.

Tentunya gembira sekiranya kita dapat menjejakkan kaki di bumi Mekah. Dalam kes-kes tertentu, ada juga jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah ini.

Sebagai umat Islam, kematian tersebut amat dicemburui ketika sedang berjihad di jalan Allah dan menghembuskan nafas terakhir di Mekah.

Jemaah Haji Meninggal Dunia Ketika Beri Tazkirah Di Mina

Seperti dalam video baru-baru ini, tular di media sosial seorang jemaah haji dilaporkan meninggal dunia ketika berada di sana.

Menerusi klip berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian jubah berwarna hitam dipercayai sedang memberikan tazkirah sambil memegang mikrofon di tangan kanannya di khemah, di Mina, dua hari lalu.

Difahamkan, lelaki itu merupakan jemaah dari Yala, Thailand, tinggal di maktab 90.

Walau bagaimanapun, ketika sedang berdiri memberikan tazkirah di hadapan, jemaah tersebut tiba-tiba terdiam.

Para jemaah yang menyedari keadaannya terus menuju ke hadapan apabila lelaki itu kelihatan terhuyung-hayang.

Tak sampai beberapa saat, lelaki terbabit rebah namun berjaya disambut oleh jemaah lain yang membantunya.

Sejurus kejadian, para jemaah mengerumuni lelaki itu sambil membantunya untuk melafazkan kalimah syahadah.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata warganet menjelaskan individu terbabit sangat beruntung kerana meninggal di tanah suci itu.

Sebahagian ramai netizen mendoakan agar roh jemaah tersebut mendapat keampunan dan ditempatkan di sisi orang-orang beriman.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

image is not available

image is not available image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

@profpolitik

Kematian yang amat dicemburui. Saudara kita dari Yala, Thailand, tinggal di maktab 90 meninggal dunia semasa memberi nasihat/tazkirah kpd rakan2 jemaah di khemah, di Mina, kemarin. Al Fatihah #haji2023

♬ original sound – Prof. Politik – Prof. Politik