Kematian Lee Sun-kyun Akhirnya Terbela, Dua Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara!

WorldEntertainment
20 Dec 2024 • 12:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kematian pelakon Lee Sun-kyun akhirnya terbela selepas seorang wanita yang didakwa melakukan peras ugut terhadap aktor berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan.

Memetik laporan media tempatan Korea JoongAng Daily, wanita yang juga merupakan pengurus sebuah pusat hiburan menerima hukuman berkenaan atas pertuduhan memeras ugut meminta wang sebanyak RM180,000 daripada mendiang.

image is not available

Foto: The Korea Times

Mahkamah Jenayah Incheon turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap rakan subahatnya yang juga seorang pelayan di sebuah pusat hiburan atas pertuduhan sama.

Menurut hakim Hong Eun Sook, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira tindakan peras ugut dilakukan dua wanita terbabit menjadi punca kematian Sun Kyun.

image is not available

image is not available

Foto: Korea JoongAng Daily

“Mangsa menderita masalah mental disebabkan ugutan kedua-dua tertuduh terhadapnya. Tidak dinafikan mereka menjadi punca kepada bebanan mental dihadapi mangsa.

“Mangsa turut terpaksa melalui siasatan atas penyalahgunaan dadah sehingga dia mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri disebabkan tekanan,” katanya.

Terdahulu, semasa kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa, Lee Sun-kyun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan dipercayai bunuh diri di sebuah taman di Bandar Seoul pada 27 Disember tahun lepas.

Mendiang dilaporkan ada membuat laporan polis terhadap dua wanita berkenaan berhubung kes ugutan.

image is not available

Pelakon itu juga dikatakan sudah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1.6 juta kepada mereka.

Lee Sun-kyun mendakwa dirinya diperangkap dua wanita terbabit serta dituduh mengambil barang terlarang ditudung mengambil beberapa jenis dadah.

Ujian saringan dadah yang dilakukan sebanyak dua kali turut mendapati aktor itu bersih daripada sebarang pengambilan barang terlarang.