Kematian murid 10 tahun di tandas sekolah diklasifikasi sebagai kes buli – Polis

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 2:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SEREMBAN – Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, tengah hari semalam, sebagai kes buli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu berkaitan perbuatan buli. Menurutnya, bedah siasat dijadualkan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Terdahulu, polis menerima maklumat kira-kira jam 1.19 petang semalam mengenai kematian mangsa yang disahkan doktor ketika menerima rawatan di Radhiyah Healthcare Sdn. Bhd.

“Mangsa dibawa ke pusat rawatan itu oleh guru disiplin, namun doktor yang merawat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas sekolah sebelum dihantar ke klinik berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes berkenaan mendapat perhatian serius pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved