Kematian pelajar SBP: Kerajaan Perak zahir takziah, minta JPN sedia laporan penuh insiden

18 Nov 2026 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kematian pelajar SBP: Kerajaan Perak zahir takziah, minta JPN sedia laporan penuh insiden
Khairudin (kiri) ketika meninjau lokasi kejadian kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar pada Rabu.

IPOH – Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah meminta satu laporan penuh disediakan berhubung insiden kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Kangsar pada Rabu.

Beliau berkata, permintaan itu telah dikemukakan kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu ketika menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di Seri Iskandar kira-kira jam 5 petang.

“Saya meninggalkan mesyuarat dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri situasi yang berlaku.

“Pihak sekolah, PPD dan JPN diminta menyediakan satu laporan penuh mengenai kejadian itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mewakili kerajaan negeri Perak, Khairudin turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan insan tersayang.

Terdahulu, JPN Perak mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung insiden kematian pelajar tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut, manakala punca kematian masih menunggu hasil bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved