Kematian Penuntut UUM: Keluarga Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Perlu

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Keluarga penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham Manarina Hasya Mohamad Karim, 22, yang maut dilanggar bas akan mengambil tindakan undang-undang, sekiranya perlu.

Menurut bapa mangsa, Mohamad Karim Sulaiman, 51, keluarga kini sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden yang berlaku di dalam kampus yang telah meragut nyawa anak sulungnya.

Jika kita sudah dapat laporan terperinci (laporan siasatan), insha-ALLAH kita mungkin akan ambil tindakan, jika perlu.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Mohamad Karim menambah bahawa mereka sekeluarga reda dengan pemergian Manarina Hasya dan menyifatkan anaknya mati syahid ketika menuntut ilmu.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada pihak pengurusan UUM dan ahli kariah kampung yang banyak membantu memudahkan urusan jenazah anak saya, saya reda dengan pemergiannya. Dia pergi sebagai mati syahid akhirat, Allah ambil dia ketika dia sedang menuntut ilmu.

image is not available

Jenazah pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan itu selamat disemadikan kira-kira jam 11.45 malam tadi, dihadiri kira-kira 200 kenalan Allaryarham, saudara-mara dan penduduk kampung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 days ago

Tular Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan & Pegang Salib, UiTM Bersuara - "Untuk Beri Pemahaman Terhadap Topik Dibentangkan"