KEMB sapu bersih kedudukan tiga teratas pertandingan ‘A Good Driver’ Scania

19 May 2023 • 6:07 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KEMB sapu bersih kedudukan tiga teratas pertandingan ‘A Good Driver’ Scania

zulfadli

19/05/2023 - 18:07

KUALA LUMPUR 19 Mei - Pemandu terbaik Konsortium E-Mutiara Berhad (KEMB) menyapu bersih kedudukan tiga tempat teratas dalam pertandingan ‘A Good Driver’ Scania.

Pemenang tersebut memandu koc yang menyertai perjanjian Scania Ecolution dan mencapai penjimatan bahan api terbaik serta pengurangan emisi karbon dioksida (CO2).

Pemandu terbabit, Razali Mat muncul sebagai juara diikuti tempat kedua, Mohd Ruhaimie Mohd Noor dan ketiga, Mohd Zaki Said, masing-masing menerima sijil dan pelbagai hadiah premium Scania.

Pengerusi Eksekutif KEMB, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pihaknya menjejaki pergerakan dan cara pemanduan mereka melalui 'Fleet Management System' dan menggunakan data untuk menunjukkan dengan jelas cara pemanduan yang boleh diperbaiki.

"Menerusi perkhidmatan 'Scania Trainingdan Coaching', mereka dinasihatkan untuk memecut laju dan brek yang keras serta meningkatkan pemanduan semas.

"Menyedari bahawa mereka secara konsisten menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan CO2 dalam perjalanan mereka, ia mendorong mereka mencapai kemenangan dengan mengubah cara pemanduan mereka sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Jualan Perkhidmatan dan Operasi Scania Asia Tenggara, Thor Brenden berkata, komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam perkongsian Scania Ecolution bukan sahaja menghasilkan pemandu kelas terbaik yang menjimatkan bahan api tetapi juga mengurangkan pelepasan CO2 untuk alam sekitar dan generasi akan datang.

image is not available
Che Ibrahim Che Ismail (dua, kanan) menyarungkan jaket Scania kepada Razali Mat yang muncul juara pertandingan A Good Driver Scania, baru-baru ini. Turut kelihatan, Thor Brenden (kiri).

A Good Driver ialah pemandu trak atau koc dan bas dari 'A Good Company'. Pemandu layak secara automatik selagi mereka adalah sebahagian daripada perkongsian Scania Ecolution dan memandu kenderaan tertentu di bawah program ini.

Untuk menang, pemanduan yang baik mesti menghasilkan peratusan terbaik km/liter peningkatan sepanjang tempoh tersebut. Ini boleh dikesan menggunakan FMS Scania.

image is not available
Thor Brenden (kiri) menyerahkan 'mock cheque' baucar perkhidmatan bernilai RM5,000 kepada Che Ibrahim Che Ismail (dua, kanan).

Syarikat yang diwakili pemenang mendapat baucar perkhidmatan masing-masing bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000. - DagangNews.com

View Original Article