“Kembali Dengan Perut Mengandung Sedangkan..” – Individu Dakwa Tahu Hal Sebenar Wanita Dan 2 Anak Di LRT Setiawangsa

20 May 2024 • 10:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lari rumah

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang wanita yang didakwa dihalau dan dipukul oleh suami serta ibu mentuanya.

Dia dan dua anak terpaksa tumpang berteduh di LRT Setiawangsa buat sementara waktu sebelum pulang ke kampungnya di Kedah.

Namun, ibu mentua menafikan dakwaan menghalau dan mendera menantu. Sebaliknya, menantunya yang selalu lari dari rumah dan akan balik ke Kuala Lumpur beberapa bulan kemudian.

Terbaru, seorang pengguna TikTok yang mengaku saudara kepada si suami membuat pendedahan mengejutkan. Dia memuat naik keadaan suami yang kurang upaya dengan keadaan sebelah kaki dipotong.

image is not available

Katanya, mustahil si suami dapat memukul isteri dalam keadaan sebegitu. Walaupun kurang upaya, suami yang menjaga tiga anak kecil yang ditinggalkan isteri di rumah.

Dakwanya lagi, si isteri mereka-reka cerita demi meraih simpati masyarakat. Malah, ini bukan kali pertama terjadi.

image is not available

Lebih mengejutkan apabila individu ini mendakwa bayi yang baru dilahirkan bukanlah dari darah daging suami. Korang bacalah sendiri dakwaan ni, plot twist habis!

image is not available
Kredit: TikTok @imysmas

image is not available

image is not available

image is not available

Jelasnya, dia hanya mahu menceritakan perkara sebenar dan orang ramai berhak untuk percaya atau tidak. Dia cuma berharap anak-anak yang tidak berdosa dapat dijaga dengan baik dan sihat.

Kredit: TikTok @imysmas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.