“Kembali Lah Fatin..” – Bomba Jumpa Beg Sandang Penuh Duit, Dipercayai Milik Mangsa Kepala Air Yang Belum Ditemui

11 Jul 2023 • 5:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu khabar berita yang menyedihkan mengenai satu keluarga yang menjadi mangsa kepala air, hingga meragut 9 nyawa termasuk bakal menantu.

Terbaru, pihak Harian Metro melaporkan pasukan pencarian menjumpai satu beg sandang berjenama Gregory yang berisi wang tunai dan dokumen penting milik si bapa, Karim Abdullah.

Difahamkan dari Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, beg tersebut dipenuhi dengan wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.

image is not available

Beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.

Bukan itu saja, malah pasukan penyelamat turut menjumpai name tag bernama ‘Fatin’ dipercayai milik salah seorang mangsa yang masih belum dijumpai iaitu Putri Nor Fatin Karim serta beg duit berjenama Michael Kors.

Maklumat lanjut, operasi SAR ketika ini diteruskan dengan skala yang lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chenah serta BBP Cukai.

image is not available 1 week ago

10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Kepala Air, Dua Mayat Dijumpai