Kembali Lebih Hangat & Menggoda, Trailer ‘Single’s Inferno 3’ Raih Perhatian Ramai

27 Nov 2023 • 11:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Perang di antara lelaki serta wanita solo yang terhangat kini bermula!

Netflix telah mengeluarkan poster utama serta video trailer bagi rancangan “Single’s Inferno 3” pada 27 November.

“Single’s Inferno 3” merupakan rancangan realiti temu janji yang berlangsung di sebuah pulau terpencil di mana hanya pasangan yang memilih sesama sendiri sahaja yang boleh meninggalkan pulau tersebut.

Musim ketiga bagi rancangan ini telah meningkatkan lagi jangkaan dengan mengukuhkan identiti unik “Single’s Inferno” sebagai ‘syurga’ dan ‘neraka’ berbanding daripada musim pertama dan kedua.

image is not available

Pasukan produksi rancangan itu berkata,

Dalam musim 3, ahli-ahli yang bakal menyertai rancangan ini memiliki populariti yang dapat mengatasi populariti musim sebelumnya.

Malah, video trailer yang ditayangkan juga telah menunjukkan penampilan secara aktif peserta-peserta tersebut untuk memenangi cinta serta menunjukkan ‘perang menggoda’ yang sekali gus meningkatkan jangkaan penonton.

Rancangan “Single’s Inferno 3” ini akan mula ditayangkan di Netflix pada 12 Disember 2024.

Korang semua dah bersedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved