Kembali Meriah Tahun Ini, Kuching Food Festival 2024 Tawar Lebih 300 Stall Makanan

27 Jul 2024 • 9:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching Food Festival 2024

Kembali Meriah Tahun Ini, Kuching Food Festival 2024 Tawar Lebih 300 Stall Makanan. Antara event menarik yang dinanti-nantikan ramai di Sarawak, Kuching Food Festival tahun ini menawarkan lebih 300 stall makanan menarik buat para pengunjung di luar sana.

Berlangsung di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan semalam (26 Julai 2024), ribuan pengunjung hadir pada hari pertama Festival berkenaan seawal jam 6 petang.

image is not available
Kembali Meriah Tahun Ini, Kuching Food Festival 2024 Tawar Lebih 300 Stall Makanan. Sumber foto: I Love Borneo

Pesta makanan terbesar di Kuching ini akan berlangsung dari 26 Julai hingga 18 Ogos dengan waktu operasi dari jam 5:00 petang hingga 11:00 malam setiap hari.

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Pelbagai jenis hidangan menarik dan unik

Buat penggemar makanan di luar sana, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan menarik dan unik terdiri daripada makanan tradisional hingga makanan popular pada masa kini. Daging buaya pun ada dijual di pesta ini tau!

Foodie di luar sana, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung di pesta makanan terbesar di Kuching ini. Bawa sekali rakan, keluarga dan orang tersayang tau!

Lagi event menarik sepanjang bulan Julai di Sarawak tahun ini untuk anda terokai: