Kembali Selepas 4 Tahun, JamJam Dedah Wajah Adik Lelaki Dalam ‘The Return Of Superman’

Entertainment
4 Mar 2024 • 10:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Moon Hee-jun dan So-yul akhirnya mendedahkan wajah adik lelaki JamJam!

Pada 3 Mac, satu video telah dimuat naik di laman YouTube “The Return of Superman”. Di mana, video itu menunjukkan kemunculan semula keluarga JamJam selepas 4 tahun meninggalkan rancangan tersebut.

Sudah berusia 8 tahun, JamJam atau nama sebenarnya Moon Hee-yul kini kembali membintangi rancangan tersebut bersama dengan adik lelakinya Moon Hee-woo.

Ketika ditanya mengenai Hee-woo, bapa mereka iaitu Moon Hee-jun berkata,

Anak kedua kami dah lama dilahirkan tapi kami tak pernah dedahkan wajahnya di mana-mana.

image is not available

Tambahnya,

Anak lelaki kami sangat istimewa, ianya kerana saya telah melakukan penampilan sulung sebagai penyanyi pada 7 September 1996, dan anak lelaki saya pula dilahirkan pada 7 September 2022. Jadi saya rasa seperti Hee-woo telah dilahirkan untuk meneruskan legasi saya.

Terlebih dahulu, Moon Hee-jun dan So-yul telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2017, dan menyambut kelahiran anak perempuan mereka iaitu JamJam pada Mei tahun yang sama.

Comelnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.