‘Kembalikan jawatan kepada warga Labuan’

LocalPolitics
20 May 2025 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sohan Das

LABUAN: Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) seharusnya dikembalikan kepada anak tempatan apabila tempoh penyandangnya sekarang Tan Sri Anifah Aman yang berasal dari Sabah tamat bulan depan.

Aktivis Abdul Jalil Ghani berkata terdapat pemimpin tempatan yang layak dan berkemampuan untuk menyandang jawatan tersebut dan mereka tidak sepatutnya dinafikan peluang itu kerana sangat sedikit anak tempatan yang memegang jawatan tertinggi.

Abdul Jalil mengimbas kembali ketika Anifah dilantik ke jawatan terbabit ia melanggar tradisi dan mencetuskan kontroversi kerana beliau dianggap sebagai orang luar dan tidak begitu arif dengan hal-ehwal Labuan namun ada pihak ketika itu mencadangkan beliau diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya kepada pulau berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bulan depan genap dua tahun Anifah menerajui agensi utama itu namun tiada pencapaian dinamik dapat dilihat dalam prestasinya malah tiada laporan pun mengenai sebarang pelabur yang dibawa masuk ke Labuan meskipun terdapat misi ke luar negara,” kata Jalil.

Beliau berkata memang diakui bahawa Anifah pernah menjadi Menteri Luar Negeri dan banyak menyuarakan isu berkaitan Sabah serta memegang jawatan itu selama dua penggal dari 2009 hingga 2018.

“Tetapi itu tidak semestinya melayakkan seseorang untuk menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) kerana jawatan ini memerlukan keperluan berbeza serta berdepan cabaran berlainan,” katanya.

Satu lagi sebab ialah Anifah juga merupakan penasihat khas kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam hal ehwal Hubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing dan dipercayai tanggungjawab ini menyebabkan beliau lebih banyak berada di Sabah serta memberi tumpuan di sana walaupun tidak jelas sama ada beliau berjaya menarik pelaburan masuk ke Sabah.

Terdapat juga pandangan bahawa dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin dekat Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah dijangka akan lebih sibuk dengan hal-hal politik di Sabah justeru memberikan sebab lebih kukuh untuk penggantinya di sini.

Disebabkan kurangnya penglibatan beliau di Labuan tahun lalu Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii pernah menegur Anifah agar membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau tidak penggal dua tahun beliau sebagai Pengerusi LC. Anifah juga merupakan senator bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh turut menyentuh rungutan orang ramai mengenai Anifah yang jarang berada di Labuan.

Semua Pengerusi LC sebelum ini merupakan penduduk tempatan termasuk Datuk Suhaili Abdul Rahman (2001–2009), Datuk Rozman Isli dan Datuk Bashir Alias.