Kembar Hanya Doakan Yang Terbaik Buat Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini

6 Apr 2024 • 3:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kemelut antara Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan nampaknya masih tidak berpenghujung. Walaupun sudah lama berpisah, kisah mereka masih kecoh di media sosial sehingga ke hari ini.

Kembar Aidil iaitu Zaquan Adha turut mengakui terpalit dengan isu ini. Suami kepada pelakon, Ayu Raudhah bagaimanapun hanya mampu mendoakan yang terbaik dan tidak mahu mencampuri kemelut yang dihadapi mereka.

Saya rasa saya tak ada apa apa komen yang perlu saya keluarkan, tak perlu kenyataan daripada saya. Cuma saya doakan yang terbaiklah untuk Aidil dan juga pihak di sebelah sana.

Ini bukan hak saya untuk bersuara ataupun memberikan pendapat. Saya hanya harap mereka selesaikan isu ini dengan baik

Dalam pada itu, Zaquan ingin menegaskan dirinya dan keluarga tidak terlibat dalam konflik di antara bekas birasnya bersama Aidil.

Kami tak ada masalah pun dengan sesiapa pun kita tak ada masalah dan kita pun tidak mahu mencari masalah.

Ini hal rumah tangga masing-masing, mungkin masa masa mereka sebelum ini, hanya mereka sahaja yang tahu. Walaupun saya adik beradik kepada Aidil, saya tak mahu beri komen lebih lebih.

Itulah yang terbaik. Semoga hari raya yang bakal tiba ini dapat membuka lebaran baru buat kedua-dua pihak untuk berbaik.